Logo CEO Faculty Programme Logo KPT and Soaring Upwards
Tan Sri Johan Jaafar

CEO's Biodata

Tan Sri Johan Jaafar

-

Nobel International School

CEO's Biography

Johan adalah tokoh wartawan veteran dan tokoh korporat selain dikenal sebagai aktivis seni. Beliau mantan Pengerusi Media Prima Berhad, syarikat media terbesar di Malaysia. Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau juga kini merupakan Pengerusi Nobel International School. Johan memulakan kariernya di DBP pada tahun 1977 dan jawatan terakhir di organisasi itu ialah Ketua Bahagian Penerbitan Am pada tahun 1992. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu sehingga 14 Julai 1998. Beliau juga menjadi Lembaga Pengarah syarikat tersebut selain lembaga pengarah syarikat Metrovision Sdn Berhad. Beliau adalah di antara ahli lembaga pengarah awal Multimedia Development Council (Perbadanan Kemajuan Multimedia), perbadanan yang bertanggungjawab menentukan hala tuju Koridor Raya Multimedia (MSC). Beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council). Beliau juga merupakan mantan ahli Jawatan Kuasa Perserikatan Malaysia (Malaysia Inc) pada peringkat pegawai. Johan pernah menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Sikap dan Nilai di bawah pelaksanaan Agenda Ekonomi Bumiputera, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Johan juga pernah menganggotai jawatankuasa National Brains Trust on National Education di bawah MTEN. Beliau menjadi Ketua Panel Juri Festival Filem Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Beliau pernah juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Seni Budaya Malaysia (Arts Council of Malaysia). Beliau juga bekas Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) dan Panel Pemilih Merdeka Awards (2010 -2012). Kini beliau merupakan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR); Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Akademik Negara; Ahli Jawatankuasa Kerja Bagi Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan; Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan; Ahli Lembaga Pengurusan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); Ahli Lembaga Pemegang Amanah MERCY Malaysia; Lembaga Amanah Malaysia Aids Council (MAC); Ahli Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC); Ahli Jawatankuasa MAMPU Search Committee Anugerah Inovasi Perdana Menteri; Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (National Unity Consultative Council (NUCC) dan baru dilantik Ahli Jawatankuasa Konsultasi Pembiyaan Politik (Committee on Political Funding) 2015. Beliau pernah mengendalikan program “Isu Semasa” dan “Debat Perdana” untuk TV1 dan “Soal Jawab” untuk TV3. Beliau memulakan kolum “Di Luar Lingkaran” dari 23 Mac 2003 hingga 3 Mei 2009 (Berita Minggu) dan “Point Blank” dari 30 November 2002 hingga 17 Oktober 2015 (New Straits Times). Beliau juga menulis drama, novel, cerpen dan esei. Beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Komunikasi dan Pengurusa Kesenian Kreatif) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2015.


Upcoming Talk

No upcoming event!

There is no upcoming event right now. Please check back later.

Other CEO

Datuk Dr Syed Muhammad bin Syed Abdul Kadir
Datuk Seri Ahmad Zaini Othman
Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah